Wednesday, August 26, 2009

RAMADHAN KAREEM DARI ISTANBUL



Assalamualaikum wbt..

Hampir dua bulan saya tidak berkesempatan untuk menulis di ruangan ini atas faktor program yang cukup banyak, jadual belajar dan sebagainya. Namun alhamdulillah pada kesempatan yang ada pada kali ini saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat sekalian suasana Ramadhan di sini.

Jika hendak dibandingkan suasana Ramadhan di Malaysia dan Istanbul, ternyata di sana terdapat keunikan yang tersendiri. Suasana Ramadhan di Istanbul tidak pernah sunyi daripada kelibat manusia yang datang berduyun-duyun untuk melihat dan menghayati semula muzik traditional yang membawa semangat peperangan sewaktu kegemilangan kerajaan Osmaniah.

Kumpulan muzik yang dikenali dengan panggilan 'MEHTER' ini didendangkan kepada khalayak umum setelah solat terawih dilaksanakan, adalah bagi menyuntik masyarakat supaya dapat menghayati semula zaman kegemilangan Osmaniah serta mengingatai keagungan ciptaan yang Maha Esa. Ini adalah berikutan, lagu-lagu yang dibawa serta didendangkan adalah lagu-lagu yang berkonsepkan Ilahi serta menyuntik semangat patroitisma, bagi para prajurit untuk terus mara dan terus mara melawan musuh tanpa sedikitpun rasa gentar.

Situasi ini bukan sahaja dapat dihayati bagi anak muda Turki kini, malah turut diminati oleh pelancong asing. Antara lokasi yang menjadi tumpuan umum bagi menyaksikan upacara ini ialah di Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) dan Masjid Abu Eyup Al-Ansari.

Di sini saya lampirkan video tersebut hadiah serta untuk tatapan bersama. Salam Ramadhan daripada saya untuk semua.

No comments: